celebrate every bite of life!~ baking, beyond and more >>> www.lemonvanilla.com
  • Mar
    1

    Satu lagi ujian?

    Filed under: Uncategorized; Tagged as:

    Salam buat semua.

    Ironinya post kali ini ditemani satu perasaan yang lebih kurang sama seperti post yang terdahulu. Rahmat dan ujian kali ini tiba pada waktu yang sama. Untung dan rugi dialami serentak, walaupun pada hakikatnya, kerugian itu mampu dielakkan. Alhamdulillah Tuhan, atas nikmat rezeki itu. Kerugian itu, ya, saya akur ini adalah satu lagi ujian.

    Saya kecewa dengan sikap sesetengah manusia. Pantang lihat orang lain berjaya barangkali. Indahnya Allah gerakkan hati saya untuk menyiasat, dan hasilnya, ya, produk saya disabotaj. Walaupun kejadian ini menduga kesabaran, yang sebetulnya saya confront ‘manusia’ itu, tetapi tidak, saya tidak mampu lakukan. Kemarahan itu saya pendam. Saya yakin Allah akan memberikan balasan yang setimpal. Apa yang pasti, kejadian ini menghilangkan ‘production mood’ saya pada hari ini. Saya tahu saya tidak patut terbawa-bawa dengan perasaan itu, tapi tidak. Saya tidak dapat menafikan kekecewaan itu. Mujur ibu saya memahami. Walaupun ayah mungkin tidak.

    Apa yang digambarkan sebagai asam garam perniagaan ini memang sukar untuk saya tempuhi. Mungkin ada baiknya saya diuji di kala saya masih lagi baru. Saya yakin kekebalan mental dan emosi itu mampu dibina, sedikit demi sedikit. Apa yang saya fikirkan perlu saya lakukan adalah saya sebetulnya tidak akan menyamakan manusia-manusia lain sepertimana ‘manusia’ itu. Walaupun pada hakikatnya, persepsi saya mungkin  berubah. Pandangan saya berbeza kini. Saya tahu saya perlu lebih matang. Perkara yang lebih hebat akan berlaku. Saya perlu bersedia.

    …. I am commanded only that I serve Allah and I ascribe unto Him no partner. Unto Him I cry, and unto Him is my return ….

    Ar-Ra’d : 36

    Esok, pelbagai perkara yang perlu saya lakukan. Untuk para pelanggan, saya harap mereka dapat mengandaikan alasan yang munasabah di atas ketiadaan produk saya di atas rak. Saya perlu menyiapkan kertas kerja yang dipinta oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan. Saya perlu juga memilih resipi yang sesuai untuk penghantaran produk ke Pesta Makan-Makan di Penang. Dan saya juga akan menyambut hari lahir adik kesayangan saya yang ke -18 esok. Merancang sesuatu yang istimewa buat beliau, memandangkan beliau telah banyak membantu saya di dalam perniagaan yang baru bermula ini. Insya-Allah, harap-harap segalanya berjalan dengan lancar.

    Dan harapnya juga, MU akan memenangi kejuaraan yang ke-2 untuk musim ini sebentar lagi :)

    Salam hormat.

    No Comments

Leave a Reply